Posts

Showing posts from December, 2024

KAMPUNG HALAMAN

Image
KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN           Hai kepada semua pembaca blog saya, saya ingin menceritakan serba sedikit tentang kampung halaman saya. Kampung saya bertempat di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Kampung saya berdekatan dengan bandar Seri Menanti dan sesiapa sahaja orang Negeri Sembilan semestinya tahu bandar ini. Kuala Pilah juga terkenal dengan beberapa tempat menarik seperti Istana Seri Menanti, yang merupakan contoh seni bina istana Melayu yang klasik, serta landskap semula jadi yang menenangkan. Kehidupan di kampung halaman ini amat berbeza dengan kota besar, namun memberikan kedamaian dan ketenangan yang dicari oleh banyak orang. Suasana di kampung setiap malam sangt sejuk bahkan lagi bila cuaca hujan. Hal ini membuatkan saya selesa apabila duduk di kampung. Selain itu dengan udara yang segar dan jalan yang tidak sesak membolehkan saya untuk bersiar-siar pada waktu petang. Saya dan adik saya juga sering bermain basikal. Kadangkala, ayah saya akan m...

SAYA DAN KELUARGA

Image
PENGENALAN TENTANG DIRI & KELUARGA                     Assalamualaikum dan hai, nama saya Fairuz Hannani binti Zainal Abidin. Kebanyakan orang memangggil saya Nani. Saya lahir pada tanggal 23 Mac 2002 di Hospital Besar Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Saya berumur 22 tahun. Saya merupakan lepasan diploma di Politeknik Merlimau, Melaka dan sekarang sedang melanjutkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Pentadbiran Perniagaan selama 3 tahun. Saya menetap di Port Dickson, Negeri Sembilan. Saya merupakan anak sulung daripada 3 orang adik beradik. Saya memilih untuk menyambung pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia kerana universiti ini merupakan di antara universiti yang terunggul di Malaysia. Selain itu juga, perjalanan antara rumah saya ke universiti ini tidak jauh mana.           Saya seorang yang ceria, simple, dan mudah bergaul tetapi cenderung untuk memendam perasaan. Setiap...