Posts

Image
  Minat Memasak             Hobi saya memasak. Memasak adalah aktiviti yang sangat menyeronokkan kerana ia bukan sahaja memberi peluang untuk mencipta hidangan yang lazat tetapi juga merupakan cara untuk saya menenangkan fikiran dan mencuba sesuatu yang baru. Saya suka mencuba resipi baharu, bereksperimen dengan pelbagai bahan, serta menikmati momen memasak bersama keluarga. Saya suka memasak kerana saya suka melihat keluarga atau sesiapa sahaja yang makan masakan saya memuji kesedapan masakan itu.  Bermain Aktiviti Lasak                   Selain itu, saya juga minat dalam melakukan aktiviti lasak. Aktiviti ini memberikan saya kepuasan fizikal dan mental. Selain meningkatkan kecergasan tubuh, aktiviti lasak membantu membina keyakinan diri, keberanian, dan daya tahan.  Hiking                  Di samping itu, saya juga suka h ...

PERASAAN MENJADI PELAJAR FEP, UKM

Image
                      Sebagai pelajar Fakulti Ekonomi dan Pengurusan di Universiti Kebangsaan Malaysia, saya amat berbangga kerana menjadi sebahagian daripada institusi yang unggul dalam melahirkan graduan berkualiti tinggi dan berdaya saing. Dengan bimbingan pensyarah yang berdedikasi, kemudahan yang canggih, serta persekitaran pembelajaran yang menyokong, saya percaya pengalaman di sini akan mempersiapkan saya untuk menghadapi cabaran dunia sebenar. Di samping itu,fakulti FEP juga sentiasa mengadakan program-program yang bermanfaat dan memberi ilmu di samping membuat aktiviti-aktiviti berfaedah yang menyeronokkan. Saya juga turut berasa kagum dengan anjuran program yang diadakan kerana dijalankan dengan sangt lancar dan berimpak.                     Menuntut di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia memberi saya peluang untuk mengembangkan...

FASILITI DI FAKULTI EKONOMI & PENGURUSAN

Image
  FASILITI DI FEP, UKM Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyediakan pelbagai fasiliti untuk menyokong pembelajaran dan penyelidikan. Berikut adalah senarai fasiliti utama yang terdapat di fakulti ini Dewan kuliah & Ruang Rehat Pelajar                      Antara fasiliti-fasiliti yang terdapat di FEP. UKM adalah dewan kuliah dan ruang rehat pelajar. Dewan kuliah yang m enyediakan ruang pembelajaran untuk kuliah, tutorial, dan Dwan kuliah dilengkapi dengan sistem audio-visual moden, b ilik berhawa dingin untuk keselesaan pelajar dan s usunan tempat duduk yang fleksibel untuk pelbagai jenis pembelajaran. Berhampiran dewan kuliah juga terdapat ruang rehat atau tempat santai bagi pelajar sementara menunggu untuk kelas seterusnya. Ruang rehat dilengkapi dengan kerusi, meja dan kipas untuk keselesaan para pelajar.  Surau            ...

DESTINASI PILIHAN DI UKM

Image
  DESTINASI PILIHAN SAYA DI UKM PUSANIKA               Di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Pusanika merupakan sebuah pusat yang sangat penting dan menarik, terletak di dalam kampus yang menawarkan pelbagai fasiliti yang memudahkan dan menyokong kegiatan para pelajar. Pusanika sendiri adalah singkatan bagi Pusat Kebudayaan dan Kesenian di UKM, yang tidak hanya menyediakan ruang untuk pelbagai aktiviti kebudayaan tetapi juga menjadi simbol penting dalam usaha melestarikan seni dan warisan budaya di kalangan mahasiswa. Hal ini, Pusanika menjadi tempat kegemaran saya kerana terdapat  ruang yang santai dan kreatif untuk pelajar berehat dan berkumpul. Selain itu, terdapat banyak pilihan kedai makan seperti Zus Coffee, Sushi, E-mart, Sen Tenpayaki, Mi Tarik dan lain-lain lagi. Hal ini, saya boleh makan sambil membuat tugasan. Di samping itu, terdapat pasaraya mini iaitu Speedmart yang memudahkan saya untuk membeli barang- barang keperluan...

KAMPUNG HALAMAN

Image
KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN           Hai kepada semua pembaca blog saya, saya ingin menceritakan serba sedikit tentang kampung halaman saya. Kampung saya bertempat di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Kampung saya berdekatan dengan bandar Seri Menanti dan sesiapa sahaja orang Negeri Sembilan semestinya tahu bandar ini. Kuala Pilah juga terkenal dengan beberapa tempat menarik seperti Istana Seri Menanti, yang merupakan contoh seni bina istana Melayu yang klasik, serta landskap semula jadi yang menenangkan. Kehidupan di kampung halaman ini amat berbeza dengan kota besar, namun memberikan kedamaian dan ketenangan yang dicari oleh banyak orang. Suasana di kampung setiap malam sangt sejuk bahkan lagi bila cuaca hujan. Hal ini membuatkan saya selesa apabila duduk di kampung. Selain itu dengan udara yang segar dan jalan yang tidak sesak membolehkan saya untuk bersiar-siar pada waktu petang. Saya dan adik saya juga sering bermain basikal. Kadangkala, ayah saya akan m...

SAYA DAN KELUARGA

Image
PENGENALAN TENTANG DIRI & KELUARGA                     Assalamualaikum dan hai, nama saya Fairuz Hannani binti Zainal Abidin. Kebanyakan orang memangggil saya Nani. Saya lahir pada tanggal 23 Mac 2002 di Hospital Besar Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Saya berumur 22 tahun. Saya merupakan lepasan diploma di Politeknik Merlimau, Melaka dan sekarang sedang melanjutkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Pentadbiran Perniagaan selama 3 tahun. Saya menetap di Port Dickson, Negeri Sembilan. Saya merupakan anak sulung daripada 3 orang adik beradik. Saya memilih untuk menyambung pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia kerana universiti ini merupakan di antara universiti yang terunggul di Malaysia. Selain itu juga, perjalanan antara rumah saya ke universiti ini tidak jauh mana.           Saya seorang yang ceria, simple, dan mudah bergaul tetapi cenderung untuk memendam perasaan. Setiap...