SAYA DAN KELUARGA

PENGENALAN TENTANG DIRI & KELUARGA


        
        Assalamualaikum dan hai, nama saya Fairuz Hannani binti Zainal Abidin. Kebanyakan orang memangggil saya Nani. Saya lahir pada tanggal 23 Mac 2002 di Hospital Besar Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Saya berumur 22 tahun. Saya merupakan lepasan diploma di Politeknik Merlimau, Melaka dan sekarang sedang melanjutkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Pentadbiran Perniagaan selama 3 tahun. Saya menetap di Port Dickson, Negeri Sembilan. Saya merupakan anak sulung daripada 3 orang adik beradik. Saya memilih untuk menyambung pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia kerana universiti ini merupakan di antara universiti yang terunggul di Malaysia. Selain itu juga, perjalanan antara rumah saya ke universiti ini tidak jauh mana.

        Saya seorang yang ceria, simple, dan mudah bergaul tetapi cenderung untuk memendam perasaan. Setiap orang mempunyai matlamat dan keinginan yang tersendiri. Oleh itu, matlamat saya adalah menghabiskan ijazah dengan cemerlang dan dapat membanggakan kedua ibu bapa saya. Di samping itu, saya ingin menceburi pelbagai aktiviti dan bidang yang dapat meningkatkan pengetahuan bagi menambah pengalaman saya pada masa kelak.


           Ini adalah keluarga kecil saya, saya mempunyai adik beradik perempuan sahaja. Ayah saya Zainal Abidin bin Manan lahir pada tahun 1971 dan berumur 53 tahun. Beliau bekerja sebagai posmen di Bandar Si Rusa, Port Dickson. Ibu saya Aryati binti Abu Samah lahir pada tahun 1971 dan beliau juga berumur 53 tahun. Ibu saya bekerja sebagai pembantu tadbir di Pejabat Daerah danTanah Port Dickson. Seterusnya, adik saya nombor 2 Farzana Husna binti Zainal Abidin lahir pada 6 Disember 2004 dan sekarang berumur 20 tahun. Farzana sedang bekerja sebagai ahli terapi kecantikan di I-NARAZ Spa di Seremban 2. Adik bongsu saya Farhana Hanis binti Zainal Abidin lahir pada 13 April 2010 dan berumur 14 tahun yang masih bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Abdul Samad.


 

 




 

Comments

Popular posts from this blog

DESTINASI PILIHAN DI UKM

FASILITI DI FAKULTI EKONOMI & PENGURUSAN