KAMPUNG HALAMAN

KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN


        Hai kepada semua pembaca blog saya, saya ingin menceritakan serba sedikit tentang kampung halaman saya. Kampung saya bertempat di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Kampung saya berdekatan dengan bandar Seri Menanti dan sesiapa sahaja orang Negeri Sembilan semestinya tahu bandar ini. Kuala Pilah juga terkenal dengan beberapa tempat menarik seperti Istana Seri Menanti, yang merupakan contoh seni bina istana Melayu yang klasik, serta landskap semula jadi yang menenangkan. Kehidupan di kampung halaman ini amat berbeza dengan kota besar, namun memberikan kedamaian dan ketenangan yang dicari oleh banyak orang. Suasana di kampung setiap malam sangt sejuk bahkan lagi bila cuaca hujan. Hal ini membuatkan saya selesa apabila duduk di kampung. Selain itu dengan udara yang segar dan jalan yang tidak sesak membolehkan saya untuk bersiar-siar pada waktu petang. Saya dan adik saya juga sering bermain basikal. Kadangkala, ayah saya akan membawa saya menaiki motor untuk bersiar-siar di sekitar kampung.

           Siapa yang tak tahu makanan terkenal di Negeri Sembilan adalah Gulai Masa Lemak Cili Api sama ada Pucuk Paku Masak Cili Api, Ikan Tenggiri Masak Cili Api ataupon Ayam Masak Cili Api. Ini adalah hidangan ikonik Negeri Sembilan yang terkenal di Kuala Pilah. Ia merupakan hidangan yang berasaskan santan dengan campuran cili api yang pedas dan bahan-bahan seperti daging, ayam, ikan, atau sayur-sayuran. Masak lemak mempunyai rasa yang kaya dan berlemak, serta pedas yang memikat selera. Makanan-makanan ini juga sudah boleh didapati di mana-mana negeri tetapi cara masakan yang berbeza. Orang yang berasal dari Negeri Sembilan kebanyakkannya memang tahan pedas.


 


     Ini adalah sebahagian daripada keluarga belah ayah saya yang 6 daripada 7 keluarga menetap di daerah Kuala Pilah. Gambar di sebelah kanan adalah gambar saya bersama sepupu belah ayah. Ayah saya merupakan anak sulung daripada 7 adik beradik. Setahun sekali kami meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan meriah sekali kerana mereka semua tinggal berdekatan dengan kampung halaman saya. Sekarang hanya tinggal Uwan sahaja di kampung yang masih dijaga oleh Mak Lang, adik kepada ayah saya kerana mereka duduk sekali. Arwah atok telah meninggal dunia pada tahun 2021. Suasana di kampung masih tetap sama cuma yang berubah di pusat bandar, terdapat pelbagai Restoran 'Fast Food' seperti Richeese, Family Mart dan sebagainya. Di samping itu, bandar tersebut terdapat banyak fasiliti yang boleh digunakan.
            



Comments

Popular posts from this blog

DESTINASI PILIHAN DI UKM

FASILITI DI FAKULTI EKONOMI & PENGURUSAN