Minat

Memasak


            Hobi saya memasak. Memasak adalah aktiviti yang sangat menyeronokkan kerana ia bukan sahaja memberi peluang untuk mencipta hidangan yang lazat tetapi juga merupakan cara untuk saya menenangkan fikiran dan mencuba sesuatu yang baru. Saya suka mencuba resipi baharu, bereksperimen dengan pelbagai bahan, serta menikmati momen memasak bersama keluarga. Saya suka memasak kerana saya suka melihat keluarga atau sesiapa sahaja yang makan masakan saya memuji kesedapan masakan itu. 


Bermain Aktiviti Lasak


               Selain itu, saya juga minat dalam melakukan aktiviti lasak. Aktiviti ini memberikan saya kepuasan fizikal dan mental. Selain meningkatkan kecergasan tubuh, aktiviti lasak membantu membina keyakinan diri, keberanian, dan daya tahan. 


Hiking


              Di samping itu, saya juga suka hiking untuk menghirup udara segar dan menyihatkan badan, terutama sekali saya sukakan cabaran dan keindahan alam semula jadi. Ia bukan sahaja membantu meningkatkan kecergasan fizikal tetapi juga memberikan peluang untuk menikmati pemandangan indah, udara segar, dan ketenangan jauh dari kesibukan kota. Hiking juga boleh menjadi cara yang baik bagi saya menguatkan semangat dan meningkatkan ketahanan diri apabila menghadapi trek yang mencabar. 







Comments

Popular posts from this blog

DESTINASI PILIHAN DI UKM

FASILITI DI FAKULTI EKONOMI & PENGURUSAN