DESTINASI PILIHAN DI UKM
DESTINASI PILIHAN SAYA DI UKM
PUSANIKA
Di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Pusanika merupakan sebuah pusat yang sangat penting dan menarik, terletak di dalam kampus yang menawarkan pelbagai fasiliti yang memudahkan dan menyokong kegiatan para pelajar. Pusanika sendiri adalah singkatan bagi Pusat Kebudayaan dan Kesenian di UKM, yang tidak hanya menyediakan ruang untuk pelbagai aktiviti kebudayaan tetapi juga menjadi simbol penting dalam usaha melestarikan seni dan warisan budaya di kalangan mahasiswa. Hal ini, Pusanika menjadi tempat kegemaran saya kerana terdapat ruang yang santai dan kreatif untuk pelajar berehat dan berkumpul. Selain itu, terdapat banyak pilihan kedai makan seperti Zus Coffee, Sushi, E-mart, Sen Tenpayaki, Mi Tarik dan lain-lain lagi. Hal ini, saya boleh makan sambil membuat tugasan. Di samping itu, terdapat pasaraya mini iaitu Speedmart yang memudahkan saya untuk membeli barang- barang keperluan tanpa perlu keluar dari UKM. Kemudahan seperti Mini Pos untuk pelajar menghantar barang atau menerima barang dengan mudah dan fasiliti lain seperti mesin ATM, Pusat Hal Ehwal Pelajar, dan Kedai Cenderamata UKM.
PERPUSTAKAAN TUN SERI LANANG
Perpustakaan Tun Seri Lanang juga merupakan tempat kegemaran saya apabila waktu lapang. PTSL menjadi salah satu tempat untuk saya membuat tugasan berkumpulan kerana terdapat zon senyap untuk pelajar yang memerlukan suasana tenang, zon kolaborasi untuk perbincangan kumpulan. Kemudahan bilik diskusi boleh ditempah untuk kerja berkumpulan atau pembentangan. PTSL mempunyai koleksi buku, jurnal akademik, tesis, dan bahan rujukan yang sangat pelbagai, meliputi pelbagai bidang ilmu, termasuk sains, teknologi, kesusasteraan, dan pentadbiran perniagaan yang memudahkan saya untuk mencari maklumat tentang tugasan yang diberikan. Selain itu, PTSL mempunya kemudahan digital dan teknologi seperti ruang komputer dan perkhidmatan pencetak untuk pelajar dan penyelidik. Di samping itu, KK Mart dan SWITCH dan Kafe juga terdapat di situ untuk memberi kesempatan kepada pelajar membeli makanan ringan sambil duduk santai di ruang yang di sediakan sambil membaca buku.
KOLEJ KERIS MAS
Akhir Sekali, tempat yang menjadi kegemaran saya semestinya kolej kediaman sendiri.
Kenapa ia menjadi tempat kegemaran saya? Hal ini, kolej adalah tempat saya berehat selepas balik daripada kelas. Saya duduk di aras 4 blok 7 yang merupakan aras kedua paling atas. Apabila waktu malam tiba, saya suka duduk di bilik kerana suasana malam yang sejuk dan tenang yang membuatkan saya tidak ingin keluar bilik. Kolej keris mas juga merupakan kolej kedua terbesar di dalam UKM. Terdapat banyak fasiliti di KKM seperti mesin ATM, kafe, KK Mart, Parcel Hub, dobi dan sebagainya. Pilihan makanan juga banyak di kafe seperti nasi ayam, shawarma, ayam gunting, nasi ayam kunyit dan banyak lagi. Pusat liburan untuk pelajar pon ada seperti bilik karaoke, snooker, console games dan bilik untuk movie. Saya juga sering bermain badminton di gelanggang badminton KKM. Selain itu, gelanggang bola keranjang, bola tampar dan bola jaring juga terdapat di Kolej Keris Mas. Jadi, saya berasa sangat bertuah ditempatkan di Kolej Keris Mas.



Comments
Post a Comment