FASILITI DI FAKULTI EKONOMI & PENGURUSAN
FASILITI DI FEP, UKM
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyediakan pelbagai fasiliti untuk menyokong pembelajaran dan penyelidikan. Berikut adalah senarai fasiliti utama yang terdapat di fakulti ini
Dewan kuliah & Ruang Rehat Pelajar
Antara fasiliti-fasiliti yang terdapat di FEP. UKM adalah dewan kuliah dan ruang rehat pelajar. Dewan kuliah yang menyediakan ruang pembelajaran untuk kuliah, tutorial, dan Dwan kuliah dilengkapi dengan sistem audio-visual moden, bilik berhawa dingin untuk keselesaan pelajar dan susunan tempat duduk yang fleksibel untuk pelbagai jenis pembelajaran. Berhampiran dewan kuliah juga terdapat ruang rehat atau tempat santai bagi pelajar sementara menunggu untuk kelas seterusnya. Ruang rehat dilengkapi dengan kerusi, meja dan kipas untuk keselesaan para pelajar.
Surau
Selain itu, ruang solat juga disediakan untuk memenuhi keperluan ibadah pelajar, pensyarah, dan kakitangan fakulti. Ruang solat biasanya terletak di kawasan yang mudah diakses dalam bangunan fakulti, seperti berhampiran kafetaria atau dewan kuliah utama.Terdapat ruang solat berasingan untuk lelaki dan wanita, demi memastikan keselesaan dan privasi. Kelengkapan Asas seperti ruang yang bersih dan selesa dengan permaidani untuk solat. Sejadah dan telekung disediakan untuk mereka yang memerlukannya. Tempat mengambil wudhu’ berhampiran ruang solat untuk memudahkan pengguna, paip dan sinki berfungsi dengan baik untuk memastikan kelancaran proses ibadah. Di samping itu, ruang solat mampu menampung bilangan jemaah yang sederhana, sesuai untuk waktu solat harian.
'Vanding machine' juga turut disediakan di Fakulti FEP. Biasanya diletakkan di kawasan strategik seperti fakulti, dewan kuliah, atau perpustakaan, membolehkan pengguna mendapatkan makanan atau minuman dengan mudah tanpa perlu pergi jauh. Waktu Operasi 24/7, membolehkan pengguna mendapatkan keperluan walaupun di luar waktu pejabat atau ketika kafetaria ditutup. Hal ini juga, pelajar dapat membeli makanan atau minuman dari mesin layan diri hanya mengambil masa beberapa saat berbanding beratur di kaunter. Pelajar atau staf yang sibuk dapat menjimatkan masa untuk mengisi tenaga di antara waktu kelas atau kerja.




Comments
Post a Comment